Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 11 APRIL 2017

AWANG bersimpati dengan mangsa yang terkorban dalam sera­ngan bom di Gereja St. George di Tanta dan Katedral St. Mark di Alexandria, Mesir kelmarin. Ini adalah tindakan biadab dan tidak bertamadun.

Sekali lagi pengganas Daesh terlibat dalam melakukan perbuatan ganas tersebut. Malang sekali nama Islam pasti akan dikaitkan dengan jenayah kejam itu. Justeru Awang bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan ia serangan pengecut.

Keganasan yang dilakukan oleh Daesh tidak menguntungkan Islam, sebaliknya hanya menyebabkan umat Islam dipandang serong. Sekarang inipun di sesetengah negara golongan itu dikaitkan dengan pengganas.

Apa yang berlaku di Mesir perlu dijadikan iktibar. Melakukan serangan jahat seumpama itu bukanlah cara Islam. Sebaliknya, hanya memburukkan imej Islam yang mencintai kedamaian dan keamanan.

Oleh itu, Awang bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak bahawa perjuangan songsang yang dibawa oleh Daesh itu perlu dihapuskan. Ini kerana mereka bukanlah pejuang Islam, tetapi pejuang yang merosakkan Islam.

AWANG - Sedih.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain