Ini kemenangan ketiga PH selepas mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis. Dengan keputusan itu lengkaplah ‘ujian awal’ kepada kerajaan dan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei lalu.

Di mana-mana PRK sekali pun, peluang kerajaan yang meme­rintah adalah lebih baik kecuali kawasan berkenaan merupakan kubu kuat parti. Di Balakong, penguasaan DAP tidak dapat di­sangkal lagi. MCA sekadar mahu melihat sejauh mana sokongan yang masih berbaki selepas kalah teruk pada PRU-14.

Barisan Nasional (BN) melalui UMNO dan Pas perlu menerima hakikat bahawa calon mereka ditolak oleh majoriti pengundi. Begitu juga MCA yang bertanding atas logo sendiri gagal menunjukkan ke­upayaan untuk memenangi hati pengundi-pengundi Cina.

Lebih tercabar apabila DAP menyarankan MCA ‘tutup kedai’. Kepemimpinan MCA boleh menentukan hala tuju parti itu.

Awang bagaimanapun melihat keputusan di Seri Setia menunjukkan pengundi-pe­ngundi masih menaruh harapan kepada blok pembangkang terutama melibatkan kerjasama UMNO-Pas. PRK itu sebagai permulaan bagi mencari persefahaman yang lebih baik pada masa hadapan.

AWANG – Tunggu PRK Anwar Ibrahim.