Tetapi sebenarnya Awang secara peribadi berpendapat, apa yang berlaku dalam PKR bukan sekadar pemilihan bagi mengisi jawatan sebaliknya pertarungan merebut kekuasaan. Jika selama ini, perbalahan di dalam parti itu sering sahaja dinafikan tetapi sekarang pertembungan antara kem-kem sudah semakin jelas.

Awang bukanlah pak nujum yang boleh meramalkan apa kesudahannya kesan daripada pemilihan tersebut tetapi apa yang pasti adegan atau usaha untuk singkir menyingkir dalam kalangan pemimpin parti tersebut semakin ketara.

Inilah yang selalu Awang katakan iaitu sindrom apabila ada kuasa masing-masing mahu berebut jawatan dan menyelamatkan kedudukan masing-masing. Apapun Awang serah kepada ahli-ahli PKR untuk membuat keputusan.

Apa yang pasti pemilihan kali ini adalah bukti parti tersebut sedang mengalami krisis dalaman yang serius. Sama ada ia benar atau tidak, sama-sama kita tunggu apa akan berlaku selepas pemilihan berakhir.

Awang – Sekadar pemerhati.