Semua parti politik yang bertanding mesti menghormati keputusan rakyat, kalau tidak negara ini tidak akan mengecapi keamanan.

Cukuplah kita belajar daripada tempoh kempen 11 hari yang terlalu banyak politiking. Kini rakyat mahu melihat perdamaian dan negara melangkah ke hadapan.

Kepada calon yang dipilih oleh pengundi untuk menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri semalam, Awang ­ingatkan masa untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat sudah pun bermula.

Tiada alasan negeri itu di bawah pimpinan kerajaan BN atau gabungan pembangkang PKR - semua perlu laksanakan tanggungjawab mereka.

Terimalah keputusan pilihan raya umum 9 Mei sebagai cerminan kekuatan parti dan diri sendiri.

Anggaplah mandat yang diberikan rakyat itu sebagai amanah dan tanggungjawab yang mesti dipikul dalam tempoh lima tahun akan datang ini.

Begitu juga harapan rakyat kepada anggota Kabinet baharu yang bakal diumumkan nanti, usah lupa diri dan ambil mudah sokongan yang diberikan oleh rakyat.

AWANG – Kesan dakwat belum hilang.