Ini amat menyedihkan kerana anak yang tidak melanggar undang-undang ini terpaksa menanggung akibatnya dengan ­pandangan serong masyarakat selain mengalami kesukaran dalam urusan daftar persekolahan, kemasukan ke institusi pengajian tinggi, memohon pinjaman pendidikan dan urusan penting lain disebabkan sijil lahir ditulis ‘maklumat bapa tidak diperoleh’ ­sedangkan punyai bapa kandung dan ibu bapa sah ikatan perkahwinannya.

Dalam isu ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu kedudukan ATST itu boleh berubah sekiranya maklumat yang diperlukan dapat dikemukakan untuk pertimbangan jabatan itu. Antara yang selalu menjadi puncanya, sijil pendaftaran semula perkahwinan gagal dikemukakan dan ini memberi kesan kepada maklumat mengenai ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Apa pun Awang berharap pasangan yang berkahwin di luar negara sedar akan risiko perundangan yang mereka hadapi, segera mendaftar semula perkahwinan dan mematuhi undang-undang negara ini supaya anak tidak menjadi mangsa. Awang juga meng­harapkan JPN dapat mempermudahkan urusan-urusan pendaftaran ini demi masa depan anak-anak terbabit.

 

AWANG – Suka mempermudahkan.