Bagi tujuan itu, mulai sekarang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri Kabinet dan wakil rakyat dari parti pemerintah diklasifikasikan sebagai sebahagian anggota pentadbiran. Sebagai langkah awal, semua anggota pentadbiran diminta mengisytiharkan harta masing-masing.

Pemilikan aset dan pendapatan yang tidak dapat dijelaskan puncanya akan dikenakan tindakan. Diharapkan usaha me­me­rangi rasuah itu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Su­ruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga diharap dapat melaksanakan tugas dengan telus.

Kerajaan sudah tentu mempunyai kaedah atau formula bagi membendung gejala ini supaya tidak ada yang terlepas pandang. Jangan pula ada yang bersikap melindungi antara satu sama lain atau ‘biar pecah di perut jangan pecah di mulut’.

Hadiah yang boleh diterima termasuklah bunga, makanan atau plak kerajaan. Hadiah kereta perlu ditolak.

Awang percaya banyak lagi ‘hadiah’ yang boleh dikategorikan sebagai rasuah seperti menawarkan rumah, melancong, pe­nginapan, kontrak dan pelbagai lagi. Begitu juga tuntutan palsu ser­ta menyalahgunakan jawatan atau kedudukan. Rasuah dapat di­bendung jika tidak ada pemberi dan penerima.

AWANG – Tunggu hadiah musang king.