Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 10 JULAI 2017

AWANG hairan dengan sikap Lim Guan Eng yang masih berdolak dalik berhubung arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) supaya DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Beliau juga sinis mengenai arahan itu yang turut melibatkan pemimpin yang sudah meninggal dunia.

Adakah DAP sengaja mahu mengalihkan perhatian ramai se­olah-olah kerajaan mahu mengharamkan atau membatalkan pendaftaran parti itu? Masalah DAP bukanlah dengan kerajaan sebaliknya isu dalaman yang melibatkan peraturan di bawah ROS. BN tidak gentar menghadapi DAP dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan tidak perlu menghalang parti itu bertanding.

Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hanya mengingatkan semalam, bahawa DAP tidak boleh meletakkan calonnya untuk bertanding pada PRU jika mereka tidak mematuhi arahan ROS. Adakah calon-calon DAP bersedia bertanding tanpa logo roket atau sudah menyusun strategi bertanding di bawah lambang parti sekutunya?

Awang percaya, DAP sedar bahawa kemelut yang sedang melanda parti itu boleh diselesaikan melalui pemilihan semula berdasarkan kepada senarai perwakilan yang berhak hadir dan mengundi. Kepemimpinan tertinggi parti tentu tahu risiko tidak mematuhi arahan ROS. Justeru, Guan Eng dan Lim Kit Siang tidak perlu takut menghadapi pemilihan semula kecuali jika mereka bimbang gagal memperoleh mandat untuk terus menerajui parti.

AWANG - Tunggu reaksi anggota DAP.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain