Sekolah kawalan yang dimaksudkan adalah Sekolah Rancangan Khas (SRK), Sekolah Elit, Sekolah Rancangan Negeri (RKN), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Ini kerana ramai pelajar yang tinggal berdekatan dengan sekolah kategori ini terpaksa ke sekolah yang lebih jauh dari tempat tinggal yang sudah tentu memberi masalah dari segi pengangkutan dan masa.

Pengambilan beberapa peratus pelajar kurang cemerlang dari kawasan berdekatan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Lagi pun, dari segi kebaikan lain, ia memberi perangsang kepada pelajar kurang cemerlang ini untuk bersaing dengan yang cemerlang.

Kita sudah biasa mengasingkan pelajar yang kurang cerdik de­ngan yang cerdik. Di kelas yang tercorot, selalunya pelajar-pelajar yang bukan sahaja tidak cemerlang tetapi bermasalah ini ditempatkan beramai-ramai yang mana ini tidak banyak membantu dari segi kemajuan pelajar terbabit malah, mereka terus selesa dengan tahap sebegitu.

Sedangkan pada masa sama, kita selalu bercakap pasal persaing­an, transformasi, perubahan sikap dan sebagainya. Semoga langkah ini walaupun membabitkan pengambilan tidak ramai, dapat memberi impak besar dari segi sikap dan pencapaian pelajar yang terpilih.

AWANG – Sikap penentu segalanya.