Awang tabik kepada Dzulkifli yang dilihat begitu komited dalam usaha tersebut walaupun seperti mana kata beliau ada suara-suara sinis yang begitu skeptikal dalam menidakkan sokongan rakyat terhadap usaha SPRM.

Pada pandangan Awang, SPRM tidak perlu terganggu dengan kelompok seumpama itu apatah lagi kalau penolakan mereka terhadap kejayaan SPRM bermotifkan politik.

Awang yakin Dzulkifli dan suruh warga SPRM akan bekerja keras dalam memastikan gejala rasuah dapat dibanteras di semua peringkat.

Dalam melaksanakan jihad ini, Awang berharap SPRM akan terus tabah menghadapi apa juga ujian dan cabaran. Ini memandangkan gejala rasuah jika dibiarkan boleh meruntuhkan sebuah negara.

AWANG - Sokong SPRM