RCI bagi Awang adalah jalan terbaik kerana sejak Tabung Haji mengumumkan pengagihan hibah sebanyak 1.25 %, pelbagai spekulasi dan tuduhan bergema sehingga menyebabkan rakyat khususnya umat Islam menjadi keliru.

Namun apa lebih penting, polemik berkaitan hibah terendah dalam sejarah tersebut tidak akan menguntungkan sesiapa malah akan menjejaskan reputasi Tabung Haji sebagai institusi kebanggaan umat Islam.

Perdebatan perlu dihentikan termasuk tuduhan kepada kerajaan terdahulu menjadi penyebab kenapa pengagihan hibah 2018 paling rendah.

Oleh itu cara terbaik ialah semua fakta dibentangkan di hadapan RCI supaya situasi sebenar dapat diketahui.

Awang yakin sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa berpegang kepada ketelusan dan ketika menjadi pembangkang dahulu kerap meminta RCI ditubuhkan apabila ada sesuatu isu, sudah pasti kerajaan tidak akan keberatan menerima cadangan Asyraf Wajdi itu.

AWANG - Menanti kebenaran.