Awang tidak faham kenapakah syarikat-syarikat berkenaan sanggup berbuat demikian kerana keuntungan yang mereka kaut bukannya sedikit malah ada yang mencatatkan perolehan berbilion-bilion ringgit.

Kalaupun mahu terus untung janganlah sampai lupa untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warga negara. Awang yakin jumlah cukai yang dikenakan tidak akan sampai membuatkan mereka bankrap.

Oleh itu, Awang berharap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan bertindak segera ke atas syarikat-syarikat terlibat kerana menyebabkan kerajaan kerugian beratus-ratus juta ringgit setahun dari segi kutipan cukai.

Bagi Awang, syarikat-syarikat yang melakukan perbuatan ini boleh dianggap tamak kerana mereka mahu mengaut keuntungan sebanyak mungkin tetapi terlalu liat menyumbang kembali kepada kerajaan bagi membolehkan ia digunakan untuk ­meningkatkan taraf hidup rakyat.

AWANG – Jangan biar mereka terlepas.