Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

WALAUPUN Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan jelas melindungi dan menghuraikan komposisi nisbah keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung, setakat 2009 hanya 12 peratus daripada 12.9 juta hektar keluasan Semenanjung yang tinggal. Pada 1931, keluasannya 3.1 juta hektar atau hampir 24 peratus.

Statistik itu menunjukkan sasaran 50 peratus tanah rizab Melayu di Semenanjung tersasar jauh. Malah, ia sedikit pun tidak 'mengancam' peruntukan di bawah perkara sama yang menggariskan keluasan rizab Melayu tidak boleh melebihi keluasan yang disediakan untuk pemilikan umum. Apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu tanah milik umum jauh lebih luas.

Kedudukan keluasan tanah rizab Melayu yang kian mengecil itu mungkin berlaku ekoran kelemahan pengurusan pihak yang bertanggungjawab terhadap tanah berstatus Tanah Rizab Melayu. Mungkin sekali tanah rizab Melayu yang ditukar statusnya tidak diganti semula selepas dilupuskan statusnya mengikut keluasan yang dikeluarkan atau tidak diganti langsung bagi satu-satu kes.

Oleh itu Awang berpendapat setiap Pejabat Daerah dan Tanah yang diberi tanggungjawab untuk mengurus tanah rizab Melayu di kawasan masing-masing perlu memastikan rekod yang kemaskini supaya setiap keluasan tanah rizab Melayu yang dilupuskan untuk apa juga kepentingan, digantikan semula mengikut keluasan yang dilupuskan itu.

Kita sudah tentu tidak mahu melihat tanah yang sepatutnya diwartakan untuk orang Melayu terus terhakis yang akhirnya menjadikan orang Melayu tidak lagi dilindungi dari segi pemilikan tanah di tanah air sendiri.

AWANG - Orang Melayu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain