Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengemukakan satu pandangan yang dijangka mampu menyelesaikan masalah itu iaitu dengan meminda Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang menurutnya sudah ketinggalan zaman. Ini termasuk hukuman terhadap pesalah yang tidak lagi relevan pada masa sekarang.

Awang menyokong penuh pendapat beliau. Kerajaan tidak boleh lagi berkompromi dengan kegiatan haram itu. Gejala judi haram boleh merosakkan masyarakat. Paling malang apabila pusat-pusat judi ini banyak beroperasi di kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu.

Oleh itu Awang berharap kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan cadangan supaya akta itu dipinda segera.

Kita tidak mahu ada mana-mana pihak sengaja membiarkan perbuatan jahat tersebut berlaku demi mengaut keuntungan peribadi. Dalam masa yang sama, pindaan itu juga kelak dapat menangani isu tuding-menuding antara pihak berkuasa siapa yang bertanggungjawab membanteras jenayah tersebut.

AWANG - Tangkap tauke judi!