Kementerian Kesihatan perlu mengambil langkah segera menangani masalah ini. Tanganinya ini jika bilangan pelatih yang terlalu ramai menyebabkan ada kalangan doktor pelatih hilang tanpa dikesan dalam tempoh terlalu lama. Dalam hal ini, sudah tiba masanya doktor pelatih perlu diberi kaunseling dan pendedahan kerjaya sebelum mereka memulakan latihan perubatan.

Mereka yang ingin menceburi bidang ini juga perlu mempunyai minat yang mendalam supaya keghairahan untuk menjadi doktor tidak terputus di tengah jalan. Profesion ini bukan untuk mengejar status atau pendapatan tetapi juga memberi perkhidmatan kesihatan yang bermutu kepada masyarakat.

Mereka yang ingin menceburi bidang ini memerlukan kecekalan dan disiplin yang tinggi. Pada masa yang sama syarat kema­sukan dan peperiksaan yang ketat perlu dikekalkan khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi swasta.

Awang percaya, matlamat kita adalah untuk melahirkan doktor yang berkualiti dan apabila mereka menamatkan pengajian, masing-masing mempunyai ilmu yang cukup dan diperlukan oleh pesakit. Jangan sekadar menghasilkan banyak doktor tetapi tidak mampu memberi tugas yang diharapkan oleh masyarakat.

AWANG - Mampu atasi tekanan di pejabat.