Sejak kebelakangan ini, banyak maklumat palsu disebarkan sehingga menimbulkan rasa panik dan kegelisahan rakyat. Keharmonian masyarakat terjejas jika keadaan ini tidak dibendung.

Cadangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu bukanlah bertujuan menyekat kebebasan orang ramai berkongsi maklumat tetapi maklumat berkenaan biarlah tepat dan boleh dipercayai.

Sebelum ini, ingatan yang sama turut dibuat tetapi masih ramai yang ghairah menyebarkan maklumat palsu. Penghinaan pula turut melibatkan kepemimpinan negara dan raja-raja Me­layu. Apakah kepuasan yang mereka ingin cari?

Sudah tiba masanya penguatkuasaan ditingkatkan dan hukuman yang setimpal dikenakan sama ada yang mencipta sumber berita palsu atau pihak yang menyebarkannya.

Awang berharap masyarakat pengguna dapat mewujudkan persekitaran penggunaan internet yang lebih sihat demi kebaikan bersama. Masyarakat juga perlu dididik untuk menyemak kesahihan maklumat sebelum dikongsi melalui media sosial.

AWANG - Tapis maklumat meragukan.