Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG tidak terkejut dengan keputusan empat wakil rakyat DAP dari Melaka meninggalkan parti berkenaan. Sebelum ini, sudah ada wakil rakyat dan anggota DAP yang berbuat demikan disebabkan tidak puas hati terhadap kepemimpinan parti. Di Melaka, isu berkaitan kepemimpinan parti sudah lama berlaku.

Dua daripada wakil rakyat berkenaan sebenarnya telah digantung selama setahun kerana didakwa membuat tuduhan palsu terhadap kepemimpinan parti di media dan juga majlis-majlis awam. Adakah penggantungan itu wajar?

Tindakan mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas merupakan kemuncak kepada rasa tidak puas hati itu khususnya terhadap Legasi Lim - Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Seorang wakil rakyat memberitahu, tidak ada perasaan pilu menyelubunginya apabila meninggalkan parti.

Mungkin bagi DAP, keputusan itu bukanlah satu kejutan malahan mempunyai alasan untuk mewajarkan tindakan wakil rakyat berkenaan. Memang sukar untuk kepemimpinan DAP mengakui kelemahan mereka.

Hakikatnya sejak dua tiga tahun lalu, DAP sudah menyimpang daripada perjuangan asal. Haluan baharu parti politik itu memberi kesan buruk terhadap perjuangan parti. Akibatnya, ramai anggota parti hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti menangani isu-isu dalaman dan luaran parti.

Adakah selepas ini kerjasama DAP dengan parti-parti pembangkang lain akan menjerumuskan parti itu ke dalam kancah masalah dalaman yang lebih serius?

AWANG - Tunggu reaksi dua Lim.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain