Kenapa selepas Pas memutuskan hubungan dengan DAP, beliau mencari ‘kelemahan’ lawan politiknya? Adakah pemba­ngunan di Pulau Pinang selama ini disebabkan oleh pentadbiran DAP? Cerminlah diri sendiri. Adalah lebih baik beliau menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Pemuda Pas Kelantan berkaitan pemilikan kediaman antara kaum di Pulau Pinang.

Begitu juga dengan kempen yang mahu menolak cadang­an menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan. Kerajaan DAP kecoh dan cemas hanya kerana lontaran idea seorang menteri Kabinet. Kempen itu seolah-olah rakyat Pulau Pinang tidak sayangkan negeri itu.

Guan Eng tidak perlu mengajar bagaimana mahu menyayangi negeri itu sebaliknya lihatlah sumbangan yang dibuat selama ini.Beliau tidak perlu cemas kerana bukanlah mudah untuk menukar status Pulau Pinang. Carilah modal politik lain tanpa perlu memperbodoh dan menakutkan-nakutkan rakyat dengan isu ini.

Bagi Awang, sebagai tanda sayangkan negeri itu, adalah lebih tepat rakyat Pulau Pinang memilih anak tempatan untuk memimpin mereka. Amat malang dan memalukan apabila orang luar terpaksa menjadi pemimpin negeri itu.

AWANG - Sayang kampung di Pulau Pinang.