Pelbagai maklumat sama ada sahih atau palsu boleh didapati di hujung jari. Berbanding surat layang pada masa lalu, internet lebih berbahaya kerana penyebarannya lebih pantas dan boleh melibatkan ramai orang dalam masa yang sama.

Amat malang akibat sikap tidak berhati-hati menyebabkan maklumat palsu termasuk berunsur fitnah dan mengelirukan di­sebar luas kepada khalayak. Bukan sahaja melalui internet tetapi juga medium termasuk WhatsApp. Akibatnya, ada yang menjadi mangsa fitnah dan sindiket penipuan melalui internet ini.

Sempena Hari Keselamatan Siber semalam, eloklah pengguna internet sekali lagi diingatkan supaya meningkatkan tahap kewaspadaan mereka terhadap pelbagai ancaman siber. Awasilah serangan senyap alam siber. Pastikan kesahihan maklumat yang diperoleh. Jangan sebar sesuatu yang belum pasti kesahihannya.

Awang juga ingin mengingatkan kembali bahawa perhubung­an secara maya ini jika disalah gunakan boleh membawa impak negatif yang membahayakan keselamatan dan merosakkan kehidupan. Ketika kita mengakui internet membantu hubungan secara maya, serangan siber juga menjadi ancaman baharu yang boleh datang dalam pelbagai bentuk.

AWANG - Tapis berita.