Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG menyertai rakyat Malaysia mengucapkan tahniah atas kejayaan pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri yang memenangi anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) di Zurich.

Walaupun kemenangan itu berdasarkan satu jaringan yang dihasilkan melalui sepakan bebas, namun sudah cukup memboleh­kan anak kelahiran Kedah itu mencatat sejarah bola sepak negara kerana menjadi pemain pertama dari Asia memenangi anugerah berprestij tersebut.

Justeru tidak hairanlah Mohd. Faiz bukan sahaja menerima ucapan tahniah daripada seluruh rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat dunia. Malah pemain-pemain handalan dunia yang hadir di majlis anugerah tersebut turut menyampaikan ucapan yang sama kepada beliau.

Bagaimanapun Awang berharap Mohd. Faiz tidak akan tenggelam dengan kejayaan yang diperolehi. Kemenangan itu sebenarnya cabaran besar untuk beliau melangkah lebih jauh lagi dalam dunia bola sepak termasuklah berusaha terpilih dalam pasukan bola sepak kebangsaan.

Apapun kejayaan Mohd. Faiz membuktikan tiada yang mustahil dalam dunia bola sepak dan sekali gus membuktikan pemain di negara ini juga berupaya mencapai kejayaan asalkan mereka diberi peluang serta dibimbing.

Awang – Tahniah Mohd. Faiz!

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain