Hasrat itu sudah menjadi kenyataan. Kini hanya me­nunggu detik penentuan, siapakah penerima Anugerah Puskas 2016 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang akan berlangsung di Zurich, Switzerland. Bagi yang belum mengundi, boleh berbuat demikian sehingga 1 pagi Selasa waktu Malaysia.

Seperti Mohd Faiz yang inginkan kemenangan, seluruh rak­yat Malaysia juga mengharapkan jaringan menakjubkan ini menjadi pilihan. Kejayaannya kelak bukan sahaja akan mencipta sejarah untuk Malaysia tetapi rantau Asia. Selama ini anugerah itu dikuasai pemain dari Eropah dan Amerika Selatan.

Di Asia, beliau sudah pun mencipta sejarah kerana berjaya meletakkan dirinya sehingga ke peringkat akhir.

Bagi Awang, siapa pun yang bakal terpilih sama ada Mohd Faiz, pemain dari Venezuela atau Brazil, kejayaan pemain Pulau Pinang itu meletakkan dirinya dalam kelompok tiga finalis ter­akhir sudah cukup membanggakan. Bukan mudah untuk meletakkan diri dalam kedudukan sekarang. Diharapkan kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada pemain-pemain tempatan untuk mencipta kejayaan.

AWANG - Tahniah Mohd Faiz.