Inilah akibat dipengaruhi oleh fahaman politik yang melampau, mereka sudah tidak ada adab lagi dalam berhujah. Kalaupun tidak bersetuju dengan pandangan Harussani yang menegaskan BR1M bukan rasuah, janganlah melampau memaki hamun ulama.

Apa yang paling malang difahamkan sesetengah individu terlibat adalah terdiri daripada orang Melayu dan posting mereka disokong oleh segelintir bukan Melayu yang ‘tumpang semang­kuk’ menghentam Harussani.

Awang faham tiada guna memberi nasihat kepada kelompok seumpama ini, sebaliknya apa yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa ialah menyiasat sehingga ke akar umbi siapakah individu tersebut. Perbuatan mereka telah menimbulkan kemarahan umat Islam dan tidak boleh dibiarkan.

Kita berhak untuk menyokong mana-mana pemimpin atau parti dan kita juga berhak berbeza pendapat, tetapi ja­nganlah menggunakan cara tidak bertamadun untuk mene­gakkan pendirian masing-masing. Bagaimanapun Awang yakin Harussani tidak akan terganggu dengan ‘serangan’ seumpama itu kerana beliau berhujah berdasarkan ilmu bukan membuta-tuli.

Awang – Hormat orang agama