Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG cukup sebak apabila mengetahui bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang bermesyua­rat pada 23 Disember lalu, berjaya meluluskan satu resolusi terhadap Israel bagi menuntut agar rejim itu menghentikan serta-merta pembinaan penempatan di kawasan Palestin.

Detik penuh bersejarah itu menyaksikan kesemua 14 negara mengundi menyokong Resolusi 2334 itu, manakala Amerika Syarikat (AS) yang terkenal sebagai penyokong kuat Israel mengambil pendirian ‘luar biasa’ apabila tidak menggunakan kuasa veto sebaliknya berkecuali, lantas memungkinkan resolusi itu diluluskan. Kali terakhir AS berkecuali ialah pada 2009 ketika badan dunia itu meluluskan resolusi gencatan senjata di Gaza.

Bagi Awang, perkembangan terbaharu yang berlaku membuktikan masyarakat dunia tanpa mengira latar agama dan bangsa sudah muak dengan keangkuhan rejim Tel Aviv terus-terusan menzalimi rakyat Pa­lestin di bumi yang sah tanah air mereka. Keputusan UNSC ini juga memberi kemenang­an moral kepada Kerajaan Malaysia yang tidak pernah jemu dan putus asa memperjuangkan nasib rakyat Palestin di atas apa jua platform yang ada.

Walaupun selepas ini, Malaysia tidak lagi menjadi anggota tidak tetap UNSC, Awang percaya kerajaan kita tidak akan lepas tangan sebaliknya akan terus memastikan resolusi ini dipatuhi oleh Israel. Awang juga percaya negara-negara yang telah meng­undi menyokong Resolusi 2334 akan mengambil tindakan serupa demi memastikan kesengsaraan rakyat Palestin yang sekian lama dinafikan hak mereka oleh Israel dapat ditamatkan.

Syabas! dunia kerana tidak lagi menutup sebelah mata atas nasib Palestin dan kezaliman Israel.

AWANG - Viva Palestin!

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain