Ini kerana sampai bila warga Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air setiap kali proses penyelenggaraan dilakukan oleh TNB? Ditambah pula, proses merawat air memerlukan masa yang lama selepas penyelenggaraan dilakukan, maka janakuasa kedua ini, sudah tentu amat diperlukan.

Melainkan, jika Syabas atau TNB mempunyai rancangan jangka masa pendek dan jangka panjang lain untuk meminimumkan kesulitan orang ramai setiap kali kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan, ia sewajar­nya dilaksanakan segera bagi mengelakkan kekerapan gangguan ini.

Hakikat yang perlu difahami oleh semua pihak bahawa ke­tiadaan air bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Ia boleh menjejaskan segala macam urusan harian orang ramai. Air dan elektrik adalah keperluan paling asas yang sukar untuk dikompromi pengguna di mana-mana negara sekali pun.

Dalam kita mahu menjadi negara maju, rakyat sudah tentu mengharapkan tindakan lebih efisien dalam menangani isu kemudahan asas seperti bekalan air ini, bukan sekadar menghantar lori tangki air ke kawasan perumahan yang terlibat atau meminta orang ramai menggunakan air secara berhemat.

AWANG - Hargai air.