Sebelum ini, wakil rakyat bukan Islam awal-awal lagi menolak pembentangan usul berkaitan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016. Begitu juga de­ngan segelintir wakil rakyat Islam.

Hakikatnya, sudah dijelaskan bahawa rang undang-undang ini tidak ada kena-mengena dengan hudud dan ia khusus bagi peng­anut Islam serta berkait dengan kuasa raja-raja. Isu dua sistem perundangan juga tidak harus timbul sebelum kita meninjau sistem yang diguna pakai oleh beberapa negara di dunia.

Semua pihak tidak seharusnya terburu-buru membuat kesimpulan kerana perjalanan rang undang-undang ini masih jauh dan perlu melalui pelbagai prosedur. Justeru, apa yang penting sekarang ialah rakyat perlu diberi kefahaman mengenainya.

Pada masa yang sama, penubuhan jawatankuasa yang melibatkan anggota Parlimen Islam dan bukan Islam diharap dapat merungkai segala kekeliruan yang timbul.

Awang berharap sebarang keraguan mengenainya akan ber­akhir. Semua pihak harus melihatnya dari sudut undang-undang, bukan semata-mata kerana kepentingan politik kepartian. Semoga undang-undang ini akhirnya akan diterima termasuk dalam kalangan masyarakat bukan Islam seperti mana mereka boleh menerima sistem perbankan Islam.

AWANG – Sokong ke arah kebaikan