Selepas membongkar kes penyelewengan dana projek di bawah JANS pada Oktober lalu, SPRM tidak meninggalkan kes itu selesai di mahkamah sahaja. SPRM bukan sekadar membongkar tetapi turut melihat semula kelemahan dalam amalan, sistem dan prosedur yang diguna pakai oleh JANS. Melalui langkah-langkah itu, diharapkan penyelewengan tidak berulang.

Pembongkaran di JANS yang menggemparkan rakyat negara ini juga seharusnya mendorong jabatan-jabatan lain untuk melihat sejauh mana wujudnya ruang yang boleh menjurus ke arah berlakunya penyelewengan atau rasuah.

Bagi Awang, janganlah kita terlalu yakin dengan sistem sedia ada. Mungkin sudah terlalu lama dan tidak sesuai diamalkan. Jadikan kes di Sabah sebagai iktibar dan panduan kepada semua. Amat malang sekiranya dana yang diperuntukkan untuk kepen­tingan dan kemudahan rakyat disalahgunakan.

Rakyat tidak seharusnya menanggung beban akibat penyelewengan seumpama ini. Justeru, semua pihak perlu me­lakukan penambahbaikan prosedur sedia ada bagi memben­dung kegiatan memberi dan menerima rasuah.

AWANG - Sentiasa buat penambahbaikan.