Tumpuan tidak lagi kepada akademik semata-mata. Penilaian akan turut melibatkan aktiviti Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Psikometrik (Ppsi).

Masih ada jalan keluar bagi isu ini selepas ramai ibu bapa kecewa dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Kegagalan mendapat jumlah A yang mencukupi menimbulkan kerisauan ibu bapa yang sejak awal lagi berhasrat memasukkan anak-anak mereka ke SBP. Kini peluang masih terbuka apabila syarat baharu hanya menetapkan 3A dan 3B.

Adalah tidak wajar menyalahkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sukatan pelajaran UPSR. Ini baru tahun pertama diperkenalkan. Sudah tentu ada kelemahan dan kekurangan yang boleh diperbaiki. Lihat semula di mana kelemahannya sama ada di pihak guru yang belum bersedia membimbing pelajar de­ngan KBAT atau murid-murid gagal menerima format baharu ini.

Bagi Awang, pendidikan harus sentiasa berkembang bagi membantu perkembangan masa depan anak-anak. Sistem pendidikan tidak boleh berada dalam keadaan statik sebaliknya harus mengikut perkembangan semasa dunia. Jika tidak, kita akan ketinggalan.

AWANG - Tidak mohon ke SBP