Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SEJAK Selasa lalu akhbar Awang memaparkan laporan eksklusif hasil penyamaran wartawan Saiful Haizan Hasam di Australia mengenai nasib pekerja Malaysia yang ditipu oleh ejen dan bekerja secara haram di ladang-ladang buah. Pelbagai reaksi diterima berikutan pendedahan itu, ada yang marah dan ada yang menyokong. Tetapi apa yang penting untuk diperkatakan apakah langkah pihak berkuasa bagi memastikan lebih ramai tidak menjadi mangsa?

Ia memandangkan ini bukanlah isu soal orang pergi ke Australia untuk mencari pekerjaan sahaja tetapi jauh lebih daripada itu berkaitan imej Malaysia. Awang ketengahkan hujah ini berikutan tindakan rakyat Malaysia menyalahgunakan permit masuk ke Australia boleh menyebabkan kerajaan negara itu ­memandangkan serong negara ini. Kita tidak boleh membiarkan mana-mana pihak meraih keuntungan dengan menggadaikan imej Malaysia.

Oleh itu, Awang berharap pihak berkuasa akan memandang serius isu yang didedahkan. Siasatan menyeluruh perlu dijalankan bagi mengesan ejen-ejen yang menipu rakyat Malaysia sehingga ada antara mereka menjadi `hamba abdi moden’ Australia.

Hakikatnya, tidak susah untuk mengesan golongan ini kerana mereka menggunakan media sosial untuk mempromosikan pekerja memetik buah di Australia, dalam masa sama mereka yang pernah menjadi mangsa perlu membuat laporan bagi membolehkan ejen-ejen yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.

AWANG – Tidak harap hujan emas.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain