Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG menyokong penuh amaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar Gerakan Baju Merah dan Bersih 5 berundur daripada meneruskan hasrat masing-masing untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Sememangnya apa yang hendak dilakukan oleh kedua-dua kumpulan tersebut tidak akan memberikan sebarang faedah kepada rakyat. Justeru tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun Awang percaya amaran tersebut tidak akan dipedulikan oleh mereka khususnya penganjur Bersih, memandangkan sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga sudah memberi peringatan yang sama. Malangnya penganjur Bersih dengan angkuh menegaskan mereka tetap akan berhimpun, manakala Gerakan Baju Merah juga berkeras mahu melakukan tindakan yang sama.

Kesudahannya isu perhimpunan haram tersebut tidak akan ada penyelesaiannya.

Sudah tiba masanya untuk mengajar mereka yang terlibat supaya menghormati undang-undang. Kalau perlu tangkapan dibuat ke atas individu-individu bertanggungjawab, lakukanlah kerana puak-puak berkenaan tidak akan memahami erti amaran. Apa yang utama kesejahteraan rakyat dan negara secara keseluruhan bukannya kepentingan mana-mana kelompok, tidak peduli siapa pun mereka sokong atau perjuangkan.

AWANG – Sentiasa sokong PDRM

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain