Segala kemungkinan boleh berlaku. Berdasarkan pengalaman lalu, keadaan menjadi kecoh dan ganas walaupun hanya satu pihak yang mengambil bahagian disebabkan kegagalan peserta perhimpunan mematuhi arahan polis. Kali ini, suasana mungkin berbeza apabila dua pihak bakal mengambil bahagian.

Mereka sudah tidak peduli larangan atau akta yang diperuntukkan. Perhimpunan yang diadakan di tempat terbuka se­perti di Dataran Merdeka mengundang pelbagai masalah kepada orang ramai. Perhimpunan ini mengganggu keten­teraman awam. Pergerakan orang ramai, perniagaan, pengangkutan awam, majlis-majlis keraian dan sebagainya akan terganggu.

Awang berharap, langkah-langkah pencegahan diambil lebih awal bagi mengurangkan sebarang risiko yang lebih besar. Pihak polis sudah tentu ada strategi. Seperti ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis hanya akan bertindak mengikut peruntukan undang-undang. Diharapkan, jangan ada mana-mana pihak yang melakukan provokasi dan kemudiannya marah atau menyalahkan pihak polis yang mengambil tindakan.

AWANG – Bersih kawasan perangi denggi.