Walaupun peratusan kenaikan belum muktamad tetapi sebarang kenaikan biarlah berpatutan. Difahamkan, kenaikan itu ha­nya memberi kesan kepada 1.5 peratus atau 32,000 pesakit yang merupakan golongan berkemampuan.

Kerajaan melihat kenaikan itu sebagai wajar memandangkan lebih 30 tahun kadar itu tidak berubah. Ia juga bertujuan me­ngurangkan pembiayaan subsidi kepada golongan pesakit ini. Apa yang penting, jangan dibebankan pesakit kelas tiga yang merupakan kumpulan pesakit terbesar. Pada masa yang sama, mutu perkhidmatan kepada golongan ini juga diharap tidak terabai.

Awang melihat langkah itu sama seperti pelaksanaan Perkhid­matan Pesakit Bayar Penuh (FPP) di beberapa buah hospital yang akan diperluaskan ke hospital lain. FPP kemudian disalah tafsir. Hakikatnya, pesakit masih boleh membuat pilihan rawatan di hospital kerajaan mengikut kemampuan mereka.

Disebabkan pembiayaan rawatan ini mendapat subsidi, kerajaan harus memastikan hanya rakyat tempatan yang benar-benar menikmati subsidi berkenaan. Kadar caj untuk warga asing juga perlu dilihat semula. Jangan disebabkan kebanjiran warga asing, rakyat sendiri terpaksa menanggung kesan atau bebannya.

AWANG - Carum insurans kesihatan.