Ada parti yang main ‘tarik tali’ sesama mereka. Parti yang merajuk, kecewa atau tidak setuju dengan sesuatu dasar akan keluar meninggalkan pakatan. Ada juga yang sanggup membuat pusingan U. Pendirian mereka boleh berubah mengikut selera pemimpin pada bila-bila masa.

Sehingga kini, pakatan pembangkang juga gagal duduk di bawah satu lambang. Apakah makna sebenar pakatan ini? Ke mana hala tuju mereka? Keadaan ini amat berbeza dengan BN yang berpengalaman membentuk pakatan yang membuat keputusan secara konsensus, sederhana dan tidak ekstrem.

Awang meragui keikhlasan pemimpin parti berkenaan untuk bergabung kerana ada sejarah yang tidak boleh dipadam me­ngenai pemimpin berkenaan. Mungkin sekadar berpolitik untuk menjatuhkan seseorang atau kerajaan. Rakyat boleh menilai sejauh mana keupayaan gabungan ini. Perjalanan pakatan ini masih belum jelas. Masing-masing membawa harapan sendiri.

AWANG - Santai di Tanjung Harapan