Kes berprofil tinggi melibatkan pegawai kerajaan dan GLC termasuk DBKL, JKR Melaka, TNB Kota Bharu, Bank Rakyat, Petronas dan Jabatan Air Negeri Sabah membuka mata kita semua. Kes-kes ini menggemparkan kerana disyaki melibatkan rasuah bernilai jutaan ringgit.

Selang sehari beliau membacakan Warkah Terbuka Buat Rakyat Malaysia sempena 100 hari di SPRM yang akan dikenang oleh kita semua, SPRM ‘menggempur’ lagi. Warkah puitis yang dibacakan dengan alunan muzik itu rupa-rupanya mengandungi banyak mesej tersirat.

Kes tangkapan seorang pengurus besar GLC dan dua kontraktor kelmarin juga menyajikan kita cerita klise salah guna dan rasuah yang keterlaluan. Harta yang mereka miliki begitu mencolok mata. Mereka seperti kebal undang-undang. Malangnya, ada pihak yang ‘cemburu’ di atas keberanian luar biasa badan yang dipimpin oleh Dzulkifli itu. Tanpa jemu mereka terus mempolitikkan pelantikan dan apa yang dilakukan Dzulkifli sekarang. Barangkali ini kerana apa yang dilakukan oleh SPRM tidak menguntungkan survival politik mereka. Malah, ada yang mencadangkan untuk menghadapkan Dzulkifli ke jawatankuasa Parlimen. Sungguh, sangat keterlaluan.

AWANG – Berkongsi api perjuangan