Adakah bilangannya menjangkau lebih setengah juta orang atau berjuta-juta orang? Dan kenapa pula jumlahnya semakin hari semakin bertambah?

Semalam, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad dalam majlis perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat negeri itu memberitahu bahawa masalah kesihatan mental ini berpunca daripada pelbagai tekanan hidup termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga. Paling mengejutkan sebilangan besar mereka berusia antara 16 hingga 24 tahun terutama dalam kalangan wanita.

Nampaknya, rakyat kita muda-muda lagi sudah menghadapi banyak tekanan dalam hidup. Sudah tentu perkembangan ini amat membimbangkan kita semua. Ini kerana kesihatan fizikal dan mental perlu seiring. Itu baru betul-betul dikatakan negara ini mempunyai rakyat yang sihat.

Semoga statistik ini memberi kesedaran kepada kita bahawa masalah kesihatan mental di negara ini bukan lagi boleh dika­tegorikan terpencil. Ini kerana banyak kejadian yang tragis berlaku sejak kebelakangan ini akibat gangguan mental. Dan isu ini serius, bukan boleh dibuat jenaka dan main-main.

AWANG - Jaga tekanan darah.