Ucapan kemenangan Trump boleh menjadi kayu ukur awal tentang sikap sebenar ahli perniagaan dan selebriti berusia 71 tahun itu. Seperti lazimnya Presiden AS sebelum ini, Trump tidak melonjak kegembiraan mahupun memperlekeh pesaingnya, Hillary Clinton.

Sebagai ahli perniagaan, Trump begitu bijak memikat hati pe­langgan. Sebagai calon Presiden, beliau tahu apa yang pengundi mahu dengar. Kini, sebagai pemimpin yang mewakili seluruh rakyat AS, beliau nampaknya sedar tentang batas-batas tertentu dan mahu berpijak di bumi nyata.

Dalam ucapannya itu, beliau dengan tegas menyatakan akan bersahabat dengan mana-mana negara yang mahu berbaik dengan AS. Ucapan seperti ini berbeza dengan kenyataan yang memetik beliau sebagai anti-China dan akan menyekat orang Islam memasuki negara itu.

Begitupun ucapannya itu belum cukup meyakinkan berikutan karakter tidak menentu Trump yang sering ditonjolkan sebelum ini. Cuma yang kita doa dan harapkan kemenangan luar biasa calon Republikan ini akan membawa dunia ke arah lebih aman dan sejahtera.

AWANG – Tahniah rakyat AS