Pengaliran keluar minyak masak, tepung gandum dan gas cecair petroleum yang mendapat subsidi harus disekat kerana ia adalah untuk kegunaan rakyat Malaysia sahaja.

Dalam menghadapi penyeludupan ini, adalah sukar untuk bergantung kepada kira-kira 2,500 anggota penguat kuasa KPDNKK sahaja kerana mereka juga pada masa yang sama perlu menggerakkan tenaga untuk membanteras aktiviti yang menyebabkan bekalan di dalam negara berkurangan.

Di bawah kerjasama ini, tumpuan bukan sahaja di sempadan tetapi secara menyeluruh bagi membendung kegiatan menyorok bekalan. Serbuan, tangkapan dan pendakwaan perlu dilakukan secara berterusan supaya pihak-pihak berkenaan sedar bahawa tindak-tanduk mereka sedang diperhati oleh pihak berkuasa.

Awang juga mengalu-ngalukan langkah KPDNKK mahu menyenaraikan 285 jenama minyak masak yang mendapat subsidi kerajaan. Selama ini, ramai keliru dan sukar membezakan antara minyak sawit bersubsidi dengan minyak masak kitar semula yang dijual di dalam paket. Kementerian Kesihatan pula diharap lebih kerap melakukan pemantauan dan pemeriksaan supaya pengguna tidak tertipu dengan pengusaha minyak kitar semula yang tidak beretika itu.

AWANG - Cari minyak kelapa.