Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG memahami masalah sebilangan penduduk Pulau Pinang yang diancam banjir kilat sejak kebelakangan ini. Luahan penduduk bahawa mereka letih, penat dan bosan, bukan sahaja kerana banjir bahkan janji kerajaan negeri untuk mengatasi masalah itu.

Memang diakui, sesetengah kawasan mengalami banjir kilat sejak dahulu lagi termasuk di Jalan P.Ramlee dan kawasan Masjid Ne­geri tetapi keadaannya semakin buruk. Bayangkan jika kejadian ini berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN). Apa agaknya tindakan dan gesaan DAP lebih-lebih lagi apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggariskan puncanya termasuklah kesan pembangunan yang tidak terancang oleh kerajaan negeri.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang selalu melaungkan slogan ke arah kesejahteraan rakyat, lakukanlah sesuatu. Slogan tidak mampu mengubah nasib rakyat tanpa sebarang usaha. Berdasarkan pelbagai projek yang dirancang dengan kos bernilai beratus juta ringgit, kerajaan negeri tentunya mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pelbagai rancangan mengatasi banjir.

Jangan sekadar menuding jari menyalahkan kerajaan pusat tidak memberi peruntukan. Perlu ada Pelan B bagi mengelakkan kejadian ini berulang. Jika sistem perparitan atau pengairan sudah terlalu lama atau tidak mengikut keperluan semasa, lakukanlah penambahbaikan.

Awang juga berharap, kerajaan negeri memberi perhatian pandangan NGO terutama yang berkaitan dengan alam sekitar. Hentikan pembangunan serta merta dan lakukan kajian semula jika penggondolan bukit untuk pembangunan terbukti sebagai punca banjir.

AWANG – Bertindak atas maklumat

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain