Jika sebelum ini industri atau kilang disahkan sebagai punca pencemaran sungai kenapa tiba-tiba menyalahkan orang lain apabila kes yang sama berulang. Kerajaan negeri pernah menyatakan pencemaran itu akibat sa­botaj. Hakikatnya punca pencemaran disebabkan oleh kilang berhampiran sungai.

Buatlah laporan polis dan buktikan jika berlaku sabotaj oleh pihak tertentu termasuk parti politik. Pengguna mahu mereka yang bertanggungjawab menyusahkan kehidupan rakyat dikenakan tindakan. Ja­ngan hanya bercakap untuk kepentingan politik dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pihak tertentu.

Sama ada sabotaj atau tidak, isu ini harus diselesaikan secara profesional. Usah berselindung di sebalik politik. Lakukan pemantauan berterusan di kawasan tebing sungai supaya tidak wujud industri yang boleh mencemarkan sumber air.

Awang berharap, kerajaan negeri bertindak tegas terhadap industri yang melanggar peraturan alam sekitar supaya pencemaran tidak berulang. Rakyat sudah bosan dan letih dengan gangguan bekalan air di luar musim kemarau ini. Utamakan kesejahteraan rakyat, bukannya kelangsungan politik mana-mana pihak.

AWANG – Letih angkut air