Bagi mencegahnya, tidak mungkin bagi kerajaan ­men­geluarkan nasihat larangan memasuki Singapura kerana setiap hari 200,000 rakyat Malaysia berulang alik ke negara itu. Apa yang perlu diperingatkan ialah Zika bukan sekadar jangkitan tetapi faktor penyebabnya ada di sekeliling kita, iaitu nyamuk aedes.

Masyarakat harus sedar bahawa selain denggi dan chikungunya, nyamuk aedes juga membawa Zika. Setakat ini tidak ada vaksin untuk Zika. Risiko penyakit ini kepada wanita hamil yang boleh menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan. Justeru, langkah-langkah proaktif bagi mengawal penularan penyakit ini perlu dilakukan.

Awang berharap masyarakat dapat meluangkan sedikit masa untuk menjaga kawasan sekeliling bagi menghapuskan nyamuk aedes dan tempat pembiakan terutama pada musim tengkujuh. Dapatkan rawatan segera jika mengalami simptom Zika yang berterusan selama dua hingga tujuh hari seperti ruam, gatal-gatal, demam dan mata merah.

AWANG - Cuti bersih kawasan rumah