Kita masih mengharapkan kilauan emas dan sudah tentu Pandelela menjadi sandaran dalam acara individu.

Awang masih ingat bagaimana harapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika itu apabila gadis Bidayuh ini muncul wanita pertama memenangi pingat Olimpik 2012. Beliau yakin, gangsa yang dimenangi Pandelela melalui acara individu akan bertukar menjadi emas pada temasya 2016.

Kejayaan ini juga diharapkan menjadi sumber inspirasi kepada golongan remaja yang ingin muncul sebagai atlet atau ahli sukan negara. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Ketabahan, keyakinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Pandelela untuk sampai ke tahap yang ada pada hari ini perlu dicontohi.

Awang percaya, di sebalik ganjaran besar yang bakal diterima berikutan memperoleh pingat, setiap atlet perlu meletakkan kejayaan sebagai tugas utama, sekurang-kurangnya memperbaiki rekod mereka ketika bertarung bersama atlet di pentas dunia.


AWANG - Sekadar ucap tahniah