Semalam pula, ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO, Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi mesej tegas untuk dihayati oleh lebih 3.53 juta ahli UMNO. Betapa kesetiaan penting demi kestabilan pucuk pimpinan parti dan Malaysia dinyatakannya secara berterus terang kepada 2,654 perwakilan perhimpunan agung itu.

Najib turut mengingatkan perwakilan bagaimana pada tahun 1987 beliau yang ketika itu Pemangku Ketua Pemuda UMNO memilih untuk memberi sokongan kepada presiden parti ketika itu. Ia bukti kesetiaan demi perpaduan serta kecintaan kepada UMNO.

Dalam ucapannya yang bertajuk Menyempurnakan Sebuah Perjuangan itu, Awang yakin seluruh ahli UMNO akan memperoleh penjelasan kepada isu-isu yang berlegar di dalam UMNO serta berkaitan dengannya. Dan, Awang yakin selepas ini perpaduan parti akan menjadi lebih erat.

AWANG – Demi perjuangan.