Rakyat cukup gelisah apabila harga barangan kian meningkat disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak munasabah. Apa yang mengatakan GST sebagai puncanya.

Namun apa yang berlaku, ia lebih membabitkan tindakan tidak bertanggungjawab menaikkan harga sesuka hati.

Misalnya, Awang beberapa hari lalu bersarapan dengan seorang rakan di sebuah restoran di Subang Jaya. Kami mengambil nasi lemak dan air minuman. Harganya ialah RM21.

Tak masuk akal langsung. Jadi dengan kerahan tenaga Rela itu, maka Awang dan rakyat jelata menaruh harapan agar ketamakan pekedai-pekedai itu dapat dikurangkan.

KPDNKK selaku kementerian yang bertanggungjawab dengan kawalan barangan dan kepenggunaan harus menyelaraskan tugas-tugas yang akan dilakukan oleh Rela itu. Pastikan kuasa diturunkan dengan baik.

Namun kuasa itu jangan diturunkan selama-lamanya, tetapi secara bermusim dan dalam tempoh yang singkat supaya tidak disalahgunakan, Awang berdoa usaha ini akan beroleh kejayaan dan kegelisahan rakyat dapat dikurangkan.

AWANG - Perkasakan tugas Rela.