Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG sebenarnya cuba mengupas bagaimana ramai warga asing dengan latar belakang bahasa yang jauh berbeza telah mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik, hanya selepas tempoh singkat berada di Malaysia, bukan untuk belajar bahasa itu tetapi masuk ke Malaysia kerana bekerja.

Kesimpulan yang Awang dapat mudah - mereka memberi perhatian tinggi kepada bahasa Melayu kerana itulah antara pasport untuk memudahkan mereka memperoleh pekerjaan di negara ini, sekaligus berinteraksi. Akhirnya, hasil pembelajaran menerusi pergaulan, mereka menguasai dengan cukup baik Bahasa Kebangsaan. Kita perlu tabik dengan kesungguhan mereka itu. Ada di antara kita mungkin pernah disapa oleh kalangan mereka dengan penggunaan bahasa Melayu di negara-negara tertentu yang kita lawati. Biasanya, kita mengetahui mereka menguasai bahasa itu kerana pernah bekerja di Malaysia.

Namun, di sebalik minat dan kesungguhan orang asing terhadap Bahasa Kebangsaan kita, mungkin pula wujud penerimaan yang berbeza di kalangan rakyat Malaysia sendiri terhadap bahasa tersebut. Justeru tidak hairanlah apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan isu Bahasa Kebangsaan, tiga hari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyentuh perkara yang sama. Pandangan dan teguran mereka senada.

Muhyiddin mengharapkan seluruh masyarakat tanpa mengira asal keturunan supaya bersama-sama menjayakan Dasar Bahasa Kebangsaan yang bagi beliau amat penting dalam memastikan hasrat kerajaan menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan tercapai.

Beliau mempunyai alasan kukuh untuk membuat seruan tersebut iaitu pemerhatian beliau mendapati nilai Bahasa Kebangsaan berbeza-beza bagi golongan tertentu sehingga hasrat kerajaan itu belum benar-benar berjaya. Oleh itu, eloklah kita bertanya pada diri sendiri sama ada kita telah meletakkan nilai yang sepatutnya kepada Bahasa Kebangsaan kita itu. Jika belum, bertindaklah!

AWANG - Akur.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain