Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Aidiladha mengingatkan kita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim as yang bersedia menyembelihkan anaknya, Nabi Ismail as demi kepatuhan kepada perintah Allah. Peristiwa bersejarah ini dicatatkan Allah SWT dalam surah As-Saafaat ayat 103-107 yang bermaksud: "Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian."

Maka, Awang berharap pada Aidiladha ini umat Islam mengambil kesempatan bukan sahaja melaksanakan ibadah korban tetapi juga mengeratkan silaturahim. Cukup-cukuplah kita bertelagah sesama sendiri, buang yang keruh, ambillah yang jernih. Lebih-lebih lagi dalam menangani isu membabitkan agama dan masa depan umat Islam, maka sewajarnya kita bersatu tanpa mempedulikan perbezaan latar belakang, ekonomi, berbeza latar belakang fahaman atau politik.

Ingatlah bahawa pengorbanan yang sebenarnya adalah yang berasaskan kesatuan dan perpaduan. Ini menuntut pengorbanan yang berlandaskan ketakwaan dan keikhlasan. Tanpa dua elemen ini, maka tidak tercapai matlamat pengorbanan seperti mana dituntut Allah SWT.

Perkara itu ditegaskan Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 37 bermaksud; " Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya."

AWANG - Sedia berkorban.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain