Pengumuman itu yang dibuat di hadapan himpunan veteran ATM, jelas adalah hadiah paling bermakna buat mereka sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini.

Antara insentif yang menarik perhatian Awang ialah pemberian Bantuan Bakti Negara (BBN) kepada 66,000 veteran ATM tidak berpencen daripada kelompok berpendapatan rendah, yang terbahagi kepada dua kategori umur iaitu RM1,200 setahun untuk bawah 60 manakala yang ke atas menerima RM600.

Insentif lain yang diumumkan termasuk penambahbaikan skim anuiti, pencen bulanan untuk anggota ATM yang bersara awal termasuk mereka yang diberhentikan akibat kecederaan ketika menjalankan tugas, tidak lupa penambahan kuota haji seba­nyak 300 tempat untuk mereka.

Awang yakin tidak ada veteran dan bekas anggota ATM yang tidak tersenyum apabila mendengarkan perkhabaran gembira ini. Enam insentif terbaru ini, di samping Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah diberikan kepada veteran yang layak, membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan bekas perajurit dan pahlawan negara.

Pihak pembangkang boleh sahaja menuduh insentif terbaru ini sebagai ‘gula-gula pilihan raya’. Katalah apa sahaja, kerana hakikatnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) memang tidak pernah melupakan jasa pejuang ibu pertiwi tercinta.

AWANG – Berkobar semangat patriotik.