Laman sesawang lowyatt.net pernah mendedahkan data rakyat Malaysia dijual secara meluas termasuk nama pelanggan, alamat, nombor telefon bimbit, nombor kad sim dan MyKad pelanggan. Kebocoran data itu dipercayai berlaku antara 2012 hingga 2015.

Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab membocorkan maklumat atau data peribadi ini? Sebelum ini, polis mengesahkan tiada syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam penjualan data peribadi pelanggan sehingga disalah guna oleh sindiket penipuan.

Hakikatnya, penyedia perkhidmatan telekomunikasi mempu­nyai tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga keselamatan data peribadi pelanggan. Selain syarikat telekomunikasi, maklumat peribadi juga boleh didapati hasil kaji selidik atau syarikat yang menjalankan penjualan produk.

Awang percaya, ramai yang terganggu apabila dalam sehari mereka akan menerima pelbagai panggilan termasuk dari ejen insurans, institusi kewangan dan jurujual. Panggilan diterima tanpa mengira waktu. Pengguna sudah bosan dengan situasi ini sehingga ada yang menukar nombor telefon kerana tidak sanggup ‘diburu’ pemanggil yang tidak dikenali ini.

AWANG - Rimas terima panggilan misteri.