Kenyataan itu sekali lagi membuktikan ketegasan Dzulkifli dan SPRM dalam usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Awang kagum dengan usaha yang dilakukan oleh agensi itu setakat ini sehingga ia semakin mendapat perhatian rakyat.

Sememangnya rasuah dan salah guna kuasa perlu dihapuskan. Dan melalui peringatan yang diberikan oleh Dzulkifli, ia sekurang-kurangnya akan memberi kesedaran kepada golongan pekerja di negara ini untuk memastikan mereka tidak memperoleh sumber rezeki yang haram.

Mereka perlu ingat menjamah rezeki haram tidak ke mana, lambat laun mereka akan menerima pembalasannya juga. Oleh itu bekerjalah dengan jujur, amanah dan ikhlas. Jangan sesekali menjadikan kedudukan dan kuasa sebagai lubuk untuk meraih kekayaan peribadi. Jadikanlah penangkapan dan pendakwaan oleh SPRM ke atas pemberi dan penerima rasuah sebagai pe­ngajaran.

Awang berharap semua golongan pekerja tidak akan me­ngabaikan peringatan SPRM tersebut. Bertekadlah untuk bekerja menyara keluarga dengan rezeki yang halal. Biarlah kita tidak hidup mewah asalkan bahagia, itu lebih baik daripada hidup mewah tetapi hati tidak tenang kerana menjamah rezeki haram.

AWANG – Selamat Hari Pekerja.