Ambillah kesempatan ini dan bersedia untuk mengisi kekoso­ngan yang difikirkan sesuai. Peluang terbuka ini meliputi pelbagai peringkat kelayakan, serendah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kemahiran teknikal sehinggalah lulusan diploma dan ijazah. Pencari kerja jangan terlalu memilih pekerjaan. 

Bersyukurlah kerana masih ada peluang pekerjaan yang menanti. Tidak perlu menyalahkan pihak kerajaan yang dikatakan gagal mewujudkan peluang pekerjaan. Walaupun kekosongan itu bukanlah suatu jumlah yang besar tetapi sekurang-kurangnya masih ada peluang pekerjaan yang boleh di­terokai.

Intailah peluang yang ada sempena program itu. Timbalah pe­ngalaman sebanyak mungkin di sektor yang bersesuaian termasuk pembuatan dan perkhidmatan. Jangan selesa sebagai pe­nganggur dan sekadar memerhati orang luar mencari rezeki.

Awang percaya, pengalaman bekerja akan membantu mereka mengintai peluang yang lebih baik pada masa hadapan. Sebenarnya ramai yang berjaya ‘mencipta’ pekerjaan sendiri setelah bekerja di sektor berkenaan untuk tempoh tertentu. Mereka ha­nya ‘singgah’ untuk ‘makan gaji’ dan mencari pengalaman.

AWANG – Menanti UTC Pulau Pinang.