Setakat ini Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah berbuat demikian.

Barangkali mereka akan bersaing mengisi tiga tempat Naib Presiden. Cuma mereka yang menawarkan diri insaflah kerana UMNO kali ini bukan lagi parti pemerintah.

Awang menaruh keyakinan tinggi hasil pemilihan UMNO kelak akan menyaksikan kepemimpinan baharu UMNO yang dinamik, bersih dari politik wang dan berpegang kepada perjuangan untuk agama dan bangsa.

Suatu ketika pemilihan pucuk pimpinan diputuskan melalui undi bonus sehingga dikatakan telah menjadikan ketua-ketua bahagian UMNO sebagai broker politik yang paling berkuasa di negara ini.

Kini, pemilihan UMNO lebih telus berbanding hanya sekumpulan orang iaitu 2,500 perwakilan untuk menentukan pucuk kepemimpinan parti sebelum 2009. Untuk kali kedua selepas 2013, keputusan akan ditentukan oleh 146,500 ahli dengan pemilihan bermula di peringkat cawangan.

Maka UMNO kini meletakkan harapan besar kepada ahli akar umbi untuk memilih pucuk pimpinan yang diyakini orang luar parti terutama dari senarai 25 ahli Majlis Tertingginya, Naib-Naib Pre­siden, Timbalan Presiden sehingga yang paling penting, Presiden.

AWANG - Ukur baju di badan sendiri.