Awang tidak faham mengapa perbuatan ini masih berulang. Mereka seolah-olah tidak sensitif bahkan terkesan mahu menguji kesabaran orang Islam dan masyarakat setempat.

Tambah menghairankan ini dilakukan oleh seorang ahli Parlimen, R. Sivarasa. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri berulang kali bertitah agar masjid tidak dijadikan medan berpolitik. Larangan itu bukan baharu sebaliknya diketahui umum. Notis larangan turut ditampal di masjid-masjid di sekitar Selangor.

Tambah menyakitkan hati ialah sikap Ahli Parlimen Su­bang daripada PKR itu. Bukannya segera memohon maaf untuk meredakan keadaan selepas Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan, tetapi sibuk memberikan pelbagai hujah dan alasan.

Sebenarnya bukan sahaja Sivarasa yang harus memohon maaf. Nazir dan ahli jawatankuasa masjid juga perlu turut sama bertanggungjawab atas ketidakharmonian yang dicetuskan itu.

AWANG – Muak dengan lakonan politikus!