Ini adalah tindakan yang tepat selepas jabatan itu memberi ruang dan peluang cukup banyak kepada para majikan untuk mendaftar pekerja asing mereka melalui permohonan E-Kad.

Bagaimanapun seperti mana kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, sambutan oleh para majikan amat mengecewakan kerana hanya 25 peratus daripada sasaran 600,000 PATI berbuat demikian.

Awang tidak faham apa lagi yang majikan mahu. Jabatan Imigresen telah bertolak-ansur dengan melaksanakan permohonan itu tanpa mengenakan apa-apa tindakan biarpun mereka menggajikan PATI. Tetapi apabila peluang diberikan, mereka tidak mempedulikannya.

Oleh itu Awang berpendapat cukup-cukuplah. Sekarang masa untuk bertindak dan bukan lagi berlembut dengan majikan-majikan yang berdegil serta lebih memikirkan keuntungan peribadi berbanding kepentingan negara.

AWANG - Masa untuk bertindak.